Home Page Image
Info >
Sesuai pada paparan 1024 x 768 pixels - IE 6.XX.
 

 PROGRAM PENGKAYAAN ILMU bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-50 22/7/2007 - 26/8/2007

 Anjuran: Perpustakaan Desa SG CHOH

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 07-12345678


Keusahawanan

 

BIRO EKONOMI
Dato’ Adnan B. Buyong                       Ketua

Ahli jawatankuasa
Tuan Hj Sameon B. Hj. Talib
Tuan Hj Alias B. hj Yusof
Tuan Hj Mokhtar B. Hj Buyong
En. Mohd Zubir B. Hamzah
En. Khairuddin B. Mohd Yassin
En. Anuar B. Zainuddin

Aktiviti

  1. Bengkel –bengkel
  2. Perusahaan Keropok lekor
  3. Kedai runcit
  4. Koperasi anak-anak Kg. Sg. Choh telah ditubuhkan pada tahun 1987 di bawah pengerusi Tuan Hj AB Halim B. Borhan (KOSASO)
  5. Stesyen minyak
  6. Pasar Mini

KILANG PERODUA
kilang pro2.jpg

Perodua Automotive Centre,
Sungai Choh, Locked Bag 226,
 48009 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Automobil Kedua".

Perodua Kancil (dikenali sebagai Nippa di pasaran United Kingdom) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994.Dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Pada Disember 1995, PERODUA telah menghasilkan Kancil yang ke-500,000. Menjelang 1997, 100,000 buah Kancil telah dipasarkan dan pada 1999, ianya telah mencapai 250,000 buah.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ianya kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer.

Kancil mempunyai 3 model berbeza:
Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.

Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

Perodua Rusa merupakan sebuah Van keluaran PERODUA

Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios
Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tempat duduk. Kenari mempunyai enjin 989cc, 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900
Perodua Kelisa merupakan kereta kompak berasaskan generasi ke-7 Daihatsu Mira dan dikeluarkan oleh Perodua.

Perodua MyVi merupakan kereta yang dilancarkan pada 2005 oleh PERODUA.Ianya dilengkapi dengan dual airbag, ABS, dan enjin VVT.Ianya adalah hasil kerjasama antara Toyota, Daihatsu dan PERODUA. Model Jepun iaitu Daihatsu Boon(Daihatsu SirionII) dan Toyota Passo.
Perodua MyVi menawarkan 5 model iaitu:

  1. 1.0SR (manual transmission)
  2. 1.3SX (manual)
  3. 1.3EZ (auto)
  4. 1.3SXi (manual)
  5. 1.3EZi (auto)
  6. Perodua Special Edition atau Perodua SE

Perodua ViVA merupakan kereta terbaru yang dihasilkan oleh Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Perodua ViVA telah dilancarkan pada 10 Mei 2007. Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa, kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan Kelisa sahaja, manakala Kancil akan terus dijual. Perodua ViVA ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan - 660cc, 850cc dan 1,000cc - menggunakan enjin DVVT Daihatsu.

'Viva' merupakan istilah bahasa Latin yang bermakna 'Untuk Hidup' dan ia sering menjadi ungkapan penghormatan yang juga bermakna 'Selamat Panjang Umur'. Model Viva adalah pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kelisa. Harga atas jalan Viva ialah antara RM28,400 hingga RM43,800 sebuah dan ditawarkan dalam lima pilihan warna. Isian penuh tangki kenderaan boleh memuatkan 36 liter petrol.

Bagi kereta dengan keupayaan enjin 660cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu "Standard" dan "Premium". Bagi Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.

Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik (DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua.

Kereta keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD). Antara ciri paling menonjol Viva ialah panjang ruang dalamannya iaitu 1,845 milimeter yang disifatkan terpanjang dalam segmen kereta kompak, sekali gus menjamin keselesaan penumpang.

Pergerakan keluar masuk juga mudah kerana keempat-empat pintunya boleh dibuka 90 darjah. Ciri-ciri tambahan lain ialah pengubah kedudukan kerusi, pemain audio CD, cermin sisi elektronik dan butang kawalan keempat-empat cermin (bagi keupayaan enjin 850cc dan 1,000cc sahaja).

Idea menghasilkan Perodua ViVA bermula pada 2005 membabitkan 124 vendor yang bekerjasama rapat dengan Perodua bagi mengeluarkan lebih 1,000 komponen secara tempatan. Hasilnya, Perodua ViVA mempunyai kira-kira 90 peratus komponen tempatan sepenuhnya, menjadikannya antara kenderaan yang paling tinggi kandungan tempatan setakat ini.